Wednesday 6 July 2011

Jamuan Perpisahan Guru Praktikum Ipsah

Badan Kebajikan Guru & Staf SK Teloi Timur telah mengadakan satu majlis sempena meraikan tamatnya latihan praktikal dua guru pelatih dari IPG Kampus IP Sultan Abdul Halim, Cikgu Shahir dan Cikgu Fakhri. Kedua mereka menjalani praktikum selama dua bulan sejak 20hb. Mac.

14042011158

14042011159

Majlis ringkas itu yang bermula jam 2.00 petang hari Khamis yang lalu turut memuatkan ucapan dari kedua-dua yang diraikan selain ucapan dari Guru Besar, En. Azizi.

14042011160

14042011161

14042011163

Selesai ucapan, En. Azizi telah menyampaikan cenderamata sebagai tanda penghargaan dan terima kasih pihak sekolah. Cikgu Shahir dan Cikgu turut menyampaikan cenderamata tanda kenangan kepada pihak sekolah.

14042011165

14042011164

14042011166

Akhir majlis, semua jemputan dijamu dengan kuayteaw kungfu.

14042011167

14042011168

Badan Kebajikan Guru dan & Staf SKTT mengucapkan selamat maju jaya dalam pelajaran dan pekerjaan nanti. Jangan serik untuk datang lagi  dan rajin-rajinlah menjenguk kami di sini. Kami juga mengucapkan terima kasih di atas sumbangan yang dihulurkan sepanjang masa cikgu-cikgu berada dalam keluarga SKTT.

3 comments:

  1. Baguslah...majlis seperti ini pastinya mengeratkan silaturrahim.

    ReplyDelete
  2. Badan Kebajikan Guru sekolah saya memang aktif dan selalu mengadakan aktiviti yang boleh mengeratkan silaturrahim dan menjaga kebajikan guru.

    ReplyDelete
  3. MEGA: Welcome to MEGA's Mega Drive & Genesis Classics Hub
    MEGA's collection of Mega Drive 경주 출장샵 & Genesis Classics comes 양산 출장안마 to a new generation, 천안 출장안마 now updated with 화성 출장안마 even more 출장샵 features: online multiplayer, achievements,

    ReplyDelete